Alah membeli, menang memakai:Entri Pengurusan Kewangan untuk golongan ‘lower middle class’

Sejak kecik, aku ade masalah nak paham peribahasa ni..haha..seyesly..cuma baru 2-3 tahun yang lepas aku paham maksudnya..

Peribahasa tersebut membawa maksud  Kita membeli sesuatu barang yang mahal ,rugi sbb byr lebih padahal ade yang lain lebeh murah tapi kualiti kurang la. Namun, kita ‘menang’ dari segi penggunaannya, menang dari erti kata tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama dan menghasilkan sesuatu yang baik.

Contoh, saya nak beli Tilam. Boleh je saya beli dari lori apek yang asek jerit2 dgn speaker ” Tilam, tilam, tukar tilam lama dapat baru” (salu kacau org nak tido petang). Sudahlah tak perlu susah2 pegi kedai, terus tahan(Op)  lori tuh dan dapat beli tilam yang murah RM200-RM300 (kot, tak penah beli). Tapi tak, saya pergi kedai perabot, alhamdulillah masa tuh sale, so saya rembat satu Tilam Vono yang berharga RM600 lebeh. Tilam Vono je, nak beli Dreamland ke King Koil dah mewah sgt la pulak.Setelah lebih 2 tahun menghenyak, menghempap,bergelinjang, bergolek-golek dan tidur diatas tilam tersebut,keadaan tilam tersebut maseh saja sama semasa mula-mula saya beli dulu. Saya tahu, saya mungkin dapat 3 tilam murah dgn harga yang saya belanjakan untuk tilam Vono saya namun, saya tak yakin jangka hayat tilam yang 3 tuh dapat mengatasi tilam Vono saya. Tilam Vono tersebut dtg dgn 5 ke 10 tahun waranti(lupa).Saya juga tidak menyumbang kepada pembuangan sisa domestik yang berlebihan. Dalam masa 10 tahun,mungkin saya buang 1 tilam sahaja berbanding tilam apek, buang setahun sekali, 10 tilam jadik bahan buangan, RM2K-3K habes buat beli tilam je. Anda akan jimat sebanyak (RM300 x 10)=RM3000  – RM600 =RM2400 jika anda memilih tilam yang elok dan berbelanja sedikit lagi untuk itu. RM2400 tu boleh bg ibubapa atau adik2 dapat pahala banyak!

Kalau nak beli sofa pulak. Sampai sekarang saya maseh duduk dilantai bersandarkan dinding untuk menonton TV. Saya maseh mengumpul RM2K-RM3K untuk membeli sofa kulit yang sesuai. Boleh saja saya beli sofa murah2 dari Caven*i. RM500 dah boleh dapat. Tetapi saya fikir, berapa tahun je sofa itu bertahan. Menganggarkan tahap kecermatan saya, saya rasa tak seswai saya pakai sofa selain dari yang jenis kulit. Yang kulit, kalo air tumpah, lauk tumpah, nasi tumpah (suka makan depan TV)boleh bersihkan serta merta dengan kain lap, so sofa saya sentiasa kelihatan terjaga. Bayangkan semua yang saya sebutkan tadi jatuh diatas sofa kain,last2 sofa saya boleh jadik kain buruk! Antara faktor lain yang saya ambil kira adalah tahap keanjalan sofa saya, adekah beliau akan cepat kempis kelepet? So saya akan kumpul duit dulu. Biarlah saya tidak bersofa. Again, perkiraan untuk itu sama seperti diatas, Sofa murah RM600, dlm masa 1 lebih/2 tahun dah hancus, sofa kulit mungkin boleh tahan 8-10 tahun. RM600 X 5 =RM3000, haritu saya jumpa Sofa kulit masa sale RM2500, so saya jimat RM500.

Satu contoh lagi,haha..ni ade citer sikit.. Ahad aritu shower valve pecah/tercabut (Azlina buat), so saya kene Do it Myself la kan nak betulkan. Pegi carik bendealah yang pecah tuh kat kedai then kene bukak/pecahkan yang lama dr batang paip and gantikan yang baru. Dalam process tuh, masa ketuk2 tuh part yang rosak tuh tanak tertanggal dari batang paip, lagi ketuk dan ketuk so pecah lah sikit batang paip tuh dlm 1 1/2 inci lagi lebih..masa tuh baru terfikir, memang kene potong ni…hahaha..dilema disitu, aku manade gergaji untuk kerat batang paip PVC tuh..so nak tahu aku guna ape?

Introducing the BREAD KNIFE from my Revolution Pro Knife set. Tadaaaa…

Dengan senang hati aku potong paip pvc tuh dgn pisau tersebut. lepas potong, aku pasang paip tuh balek dgn tidak lupa sapu PVC solvent cement. Tunggu dalam 30 minits or so, aku pon bukak shower and mandi setelah berpeluh-peluh buat keje2.

Set Pisau nih aku beli dari Victoria Basement di mana lagi kalo bukan di Basement QVB (Queen Victoria Building). Harga masa tuh AUD99. Ini adelah hadiah kepada diri sendiri sempena graduasi. Mula2 mmg berat sgt hati, sbb pisau je pon, takkan nak belanje sampai RM300++, setelah beli, tak boleh tido malam. Sbb rasa tak selesa belanja byk untuk set pisau je. Kalo beli pisau biasa baru je RM5 sebilah. Kalo beli 10 bilah sekalipon baru RM50.Gunting baru RM15. Steak knife tuh bila masanyalah akan digunakan. And bila pulak aku nak menguli tepung buat roti sendiri kat M’sia nnt Yang oii!..Tak boleh jadik, esoknya siap ajak Kak Hani untuk pegi pulangkan. Bengong kan. Pastu Kak Hani pon bg la lecture on Alah membeli Menang Memakai. Siap bgtau suar tracksuit yang dipakainya dibeli 10 tahun dahulu masa sekolah menengah nampak elok dan kalo dier tak bgtau, mmg takkan dapat teka tracksuit tuh dah 10 tahun, langsung tak lusuh.Sbb dier beli jenama Nike yang masa tuh harga RM100++. Then aku reflek sendiri, tracksuit RM20 aku masa sekolah menegah dulu tak nampak bayang, pastu terfikir, dah berapa byk baju2 aku yang jadik kain buruk dah sebab dah lusuh? Itulah dier kawan2, dari mana sebenarnya saya belajar tentang pengurusan kewangan yang berhemah berlandaskan prinsip tersebut. Kak Hani kata sebab saya suka masak dan akan masak hari2, jadi, munasabah untuk berbelanja lebih sedikit untuk perkakasan saya nanti. Masa tu, saya terima sebab tersebut.Namun, pada hari ahad lepas adelah hari dimana perasaan saya paling best setelah beli Set Pisau tersebut. Berbaloi sgt. Steak knife pon dah byk kali guna bila makan Pan-Seared Steak and bila mengada-ngada makan daging burger and kentang goreng guna pisau steak.Akhirnya, berguna jugak pisau roti tuh..hahaha..

Kepada golongan pertengahan bawah seperti saya, kita tidak mampu untuk SELALU berbelanja membeli barang keperluan seharian. Jadi bila masanya untuk beli, pilihlah barang yang berkualiti dan tahan lama.

Sekian Terima Kaseh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s