I don’t know..should I laugh or cry?

I have a hunch that i should check the
Utusan website late this evening..
cut the story short,this is what i found
..an article written by God knows
who,and surprisingly it passed the
editorial board of this highly
circulated newspaper..

My comment

Skip the goddamn ridiculous details,
just chuck him/her in any hospital and
do a medical check up for God sake..DNA
test to the children if the need is that
dire..

Do we need to read,how did she/he manage
to get her/his wife pregnat..my God!

Malaysia and malaysian..come on la..i
thought i’m about to read about her
having psych problem or something of
that sort,but alas..i don’t even know
yet whether she’s a he or he’s a
she..wait,does that sound weird to you
or it is just me?

makeURL(“http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_08.htm”,”eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==”);http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_08.htm

Mohd. Soffian ghairah lihat wanita sejak
remaja

MELAKA 17 Julai – Mohd. Soffian Mohamad,
40 atau nama wanitanya Mazinah Mohamad
memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di
sini bahawa dia mula ghairah melihat
wanita ketika berumur 15 tahun.

Dia yang menjadi saksi pertama defendan
berkata, perkara itu telah dimaklumkan
kepada ibu bapanya dan dia pernah
mendapatkan nasihat daripada seorang
ustaz mengenai hal ini.

‘‘Ustaz itu menasihatkan saya agar tidak
terlalu mengikut emosi. Saya ikut
nasihat itu selama dua tahun dengan
memakai tudung dan cuba bercinta dengan
lelaki, namun hendak (keinginan) juga
pada perempuan,” katanya.

Mohd. Soffian memberi keterangan
demikian pada hari kedua perbicaraan kes
pernikahan kaum sejenis antara dia dan
Zaiton Aziz, 43.

Mengikut fakta kes, Zaiton dan Mohd.
Soffian atau Mazinah telah dinikahkan
Imam Satu, Masjid Bukit Cina, Ishak Juki
pada Disember 2002.

Semasa pernikahan, ‘pengantin lelaki’
telah mendapat pengesahan sidang kampung
malah majikannya turut mengakui dia
bujang dan memiliki kad pengenalan
jantina lelaki.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) enggan
mendaftarkan perkahwinan itu berikutan
aduan daripada pihak ‘suami’ yang
mendakwa jantina sebenar Mohd. Soffian
adalah wanita.

Mohd. Soffian turut mendakwa tidak
pernah didatangi haid serta tidak pernah
memakan ubat untuk menghalang kedatangan
haid.

Menurutnya, dia juga telah berjumpa
dengan pegawai di JAIM untuk mendapat
nasihat dan pandangan mengenai perubahan
yang berlaku kepadanya.

‘‘Saya turut memberitahu pegawai
berkenaan bahawa saya telah
mengandungkan seorang wanita dan alat
kelamin lelaki saya akan keluar ketika
bersama perempuan,” katanya.

Menurutnya, JAIM kemudiannya telah
mengeluarkan surat sokongan dan surat
itu telah digunakan untuk proses
penukaran nama dan jantina di kad
pengenalannya menerusi Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).

‘‘JPN kemudiannya telah meluluskan
permohonan penukaran butiran itu,” katanya.

Pasangan terbabit didakwa mengikut
Seksyen 11 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 dan
jika sabit kesalahan, mahkamah berhak
membatalkan perkahwinan tersebut kerana
bernikah sesama jenis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s